LaMaN TeMpahan PenGiNapan AnDa

PENGENALAN & PANDUAN PEMILIHAN HOTEL :

Laman web ini bertujuan untuk berkongsi pendapat dari diri sy sendiri mengenai cadangan, panduan serta pengalaman diri sy sepanjang bercuti bersama keluarga tercinta. Untuk makluman pembaca semua, terusterang sy katakan, bahawa diri sy memang mempunyai hobi bercuti bersama keluarga. Kebetulan mempunyai isteri yang juga meminati hobi yang sama. Isteri sy tidak bekerja jadi bagaimana sy menjadikan hobi sy sebagai kenyataan dengan hanya seorang sahaja yang bekerja. Pada pendapat sy, Prinsip pegangan diri masing2 yang menjadikan hobi berjalan, melancong dan bercuti bersama keluarga menjadi kenyataan. Prinsip sy, Selagi sihat, selagi ada masa terluang( Jgn bazirkan masa terluang bersama keluarga ) , selagi anak2 kecil dan akan mengikuti kemana sahaja kedua ibubapanya bawa ( kalau dah besar mungkin bermacam alasan dan sebab yang membantutkan hajat bercuti bersama2), selagi bernyawa, CIPTALAH MEMORI INDAH ANDA DENGAN BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA. Bukanlah satu pembaziran apabila kita bercuti bersama keluarga. Pengalaman serta ilmu2 yang diterapkan kepada anak2 semasa bercuti merupakan sesuatu yg amat berharga. Ramai yg beranggapan kita memerlukan modal yg banyak untuk bercuti. Sy pn beranggapan begitu juga pada awalnya. Namun, sepertimana ketua keluarga yg lain, kita mestilah mempunyai simpanan kecemasan dan simpanan untuk merealisasikan kehendak kita sendiri mengikut pengiraan dan jumlah yang sesuai bergantung kepada situasi masing-masing.

Mengikut pengalaman sy yang mempunyai pendapatan yg tidak seberapa dan mempunyai hobi bercuti yg perlu direalisasikan, peruntukan bajet penginapanlah yg pertama perlu ditetapkan. Anda mempunyai prinsip. Sanggupkah habiskan duit rm300 - rm500 satu malam untuk penginapan hotel? Jika tidak, tetapkan dahulu pertimbangan sewajarnya mengenai kos penginapan anda di menu TAPISAN CARIAN BAJET PENGINAPAN dalam mana2 laman web tempahan penginapan seperti booking.com . Seterusnya, pastikan penginapan anda dengan destinasi pilihan tidak terlalu jauh ataupun pastikan berdekatan dengan destinasi pilihan. Jika tersilap pilih, mungkin anda akan membazir minyak kereta dan masa untuk ke destinasi pelancongan dari hotel penginapan anda. Untuk lebih menjimatkan wang dan masa melancong anda tidak dibazirkan begitu sahaja, ada baiknya pilih penginapan yang disertakan sarapan percuma. Mengikut pengalaman sy yg mempunyai anak kecil, waktu pg di hotel, kita disibukkan dengan urusan mempersiapkan anak2 kita. Bermacam ragam, bangun lewat, mengamuk tak nak mandi dan bermacam2 lg. Sedar x sedar kita keluar dari hotel terlalu lewat sebagai cth pukul 12 tghari. Sekeluarga lapar, tentunya kita akan mencari restoran dan kedai untuk mengisi perut. Perlu diingatkan, kebanyakkan destinasi lawatan dan pelancongan seperti muzium ditutup pada pukul 4.30 petang. Untuk lawatan sehari amatlah merugikan jika kita tidak dapat melawati tempat2 yg dirancang disebabkan sudah ditutup untuk pelawat. Jadi eloklah tempah penginapan percutian yg disertakan sarapan percuma dihotel. Tak perlu kalut pagi2 keluar membungkus sarapan @ keluar pagi2 mencari restoran untuk bersarapan. Nanti nak lik semula ke hotel . Rumusannya percutian 2 hari satu malam perlu ambil kira perancangan sarapan pagi anda sekeluarga untuk memudahkan perancangan lawatan anda ke destinasi2 pelancongan pilihan. Jadi diharapkan perkongsian yg sedikit ini dapat membantu pembaca dalam merancang pemilihan penginapan percutian pilihan anda.




Disini,sy kongsikan beberapa cadangan sebelum anda memuktamadkan pilihan bilik hotel anda.Semoga ianya membantu dalam memastikan percutian impian anda tercapai.

  1. TETAPKAN anggaran kemampuan kewangan anda bagi kos pemilihan bilik hotel. Jika anggaran tertinggi hanya Rm200 semalaman, jadi terus pilih tapisan anggaran harga berkenaan di pilihan tapisan harga bilik hotel.

  2. Pilih tapisan JENIS PENGINAPAN ( homestay, hotel , chalet, apartment ) , Ni penting juga, kalau dengan anak kecil dan percutian 3 hari 2 malam mungkin lebih sesuai homestay. lebih luas untuk anak2 serta penginapan dan kemudahan sebuah rumah yg mencukupi.

  3. Pastikan PILIHAN BAYARAN BILIK HOTEL ANDA. Antara pilihannya bayaran semasa check in, bayaran menggunakan kad kredit @ debit, serta bayaran pendahuluan semasa tempahan. Jd sebelum confirm memilih sesebuah bilik hotel, ada baiknya pilih tapisan cara pembayaran bilik hotel anda.

  4. Tetapkan pilihan kemestian prasarana sesebuah hotel pilihan anda. Kebanyakkan kita bercuti semata-mata memberi keseronokkan pada anak-anak tersayang. Jika kewujudan kolam renang memberikan keseronokkan untuk anak anda, jadi lebih baik terus pilih pilihan kewujudan kolam renang dalam tapisan carian hotel pilihan anda.

  5. Pilihan bayaran bilik termasuk sarapan pagi. Penting bg kita yg sudah berkeluarga memilih pilihan ini kerana ianya memudahkn urusan kita pada waktu pg tanpa perlu tgesa-gesa keluar pagi mencari kedai untuk bersarapan.Jika keluar pagi utk bersarapan, kita perlu buat kputusn adakah mahu kembali semula ke hotel@ trus check out semasa kluar utk bersarapan. Biasanya pg dihotel,kita kalut dgn pengurusn anak kecil kita, jd ada baiknya pilihlah hotel yg menawarkn sarapan pg termsuk dlm byrn penginapan.

  6. Jarak penginapan dgn tempat2 utama utk dilawati. Pastikan jarak hotel anda dgn pusat bandar@ tmpt utama utk dilawati. Jgn tlalu jauh dan tersilap pilih, hotel dh cantik tp bru tersedar jrk dgn tempat utama plncongn terlalu jauh.Rugi minyk dan masa anda.Jika pilih hotel yg btul, kmgkinn anda boleh menikmati keindahan tmpt trikn plncong @ pusat bandar dgn hnya berjln kaki.

Jadi itulah serba sedikit cdgn dan perkongsian sy untuk kalian semua.semoga dapat menbntu dlm pemilihan hotel ideal anda..Selamat bercuti ye..jgn lupa pilih hotel anda di carian dibawah👇.



KOTAK CARIAN PANTAS PENGINAPAN PERCUTIAN PILIHAN ANDA


( PENCARI LOKASI PENGINAPAN ANDA BERPANDUKAN PETA )

MEMUDAHKAN ANDA MEMAHAMI SUASANA PERSEKITARAN PENGINAPAN PERCUTIAN ANDA.

GUNAKAN KOTAK CARIAN YANG MENGINSPIRASIKAN

UNTUK MELIHAT SUASANA DAN GAMBAR-GAMBAR TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK SERTA MAKLUMAT DESTINASI YANG LEBIH TERPERINCI.

( TEMPAH PENGINAPAN PROMOSI DISINI )


SUASANA JALAN MENUJU KE LADANG TEH SG. PALAS, CAMERON HIGHLAND

MOHON SUBSCRIBER

CHANNEL DI ATAS

SUASANA DALAM SKYREX LANGKAWI DI CABLE CAR LANGKAWI

MOHON SUBSCRIBER

CHANNEL DI ATAS

SUASANA DARI DALAM CABLE CAR LANGKAWI SERTA PEMANDANGAN SKY BRIDGE LANGKAWI

JANDA BAIK , BENTONG

MOHON PENONTON LANGGAN YE CHANNEL DI ATAS

SKY BRIDGE LANGKAWI

MOHON PENONTON LANGGAN YE CHANNEL DI ATAS

Adakah anda mempunyai homestay, rumah sewa harian/ mingguan / bulanan, apartmen, rumah tumpangan, chalet serta hotel?

Daftarkan penginapan sewaan anda di sini

atau

mengunakan link berikut join.booking.com/a/1648640


INTAI2 DULU PETA SEKITAR TEMPAT PERCUTIAN ANDA

MELIHAT DAN MENTAFSIR PETA TEMPAT YANG AKAN DIKUNJUNGI AMAT MEMBANTU DALAM PERANCANGAN PERJALANAN PERCUTIAN ANDA.


SEMAK DULU CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN CUTI UMUM NEGERI SEBELUM BERCUTI

Pembelian online produk " Adidas "

Pembelian online produk kesihatan dan kecantikan " iHerb"

Permohonan kewangan , pembiayaan dan pinjaman dari " RinggitPlus "

Pembelian online produk kesihatan dan kecantikan " Watson "

Pembelian online produk / barangan borong dari laman web " Alibaba "

Pembelian tiket Bas, Feri dan Keretapi secara Online " BusOnlineTicket"

PEMBELIAN ONLINE " LAZADA "

PEMBELIAN ONLINE " ZALORA "

PEMBELIAN INSURAN & CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA SECARA ONLINE

" Loanstreet"

PENJUALAN KERETA TERPAKAI " myTukar"

Jual @ Beli kereta anda di " CARSOME "

Sewakan rumah anda @ Cari penyewa rumah anda di " SPEEDHOME "

Pembelajaran Online Bahasa Inggeris bagi anak2 yang berumur 4 hingga 12 tahun di " NOVAKID "

Beli buku-buku kegemaran anda di "Kinokuniya"